THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Friday, January 13, 2012

~Macaron Giveaway~


Salam..

Apa itu Macaron?
Menurut kata CIK MIN dari blognya..Macaron ni sejenis kudapan manisan orang perancis yang diperbuat dari ground almond, caster sugar dan egg white. Dua keping shell diletakkan jem atau filling ditengahnya seperti sandwich. Actually mummy tak pernah rasa macaron ni tapi terlalu lah teringin nak rasa macamana kelazatan macaron air tangan Cik Min ni..Mummy baru je follow blog Cik Min ni dua bulan yang lepas bila google tentang Macaron..laa..dekat je, Bentong. Tapi belum berkesempatan lagi nak order dari Cik Min. Harap-harap dengan penyertaan Mummy dalam giveaway ni dapat membuahkan hasil, dapat macs dari Cik Min..seterusnya bolehla order pulak nanti..~wink wink~

Soalan dari Cik Min:

1.Kelas Macaron Pertama cikmin bila tarikhnya dan dimana

Jawapan:

Pada 16 Januari 2011 (Ahad) di Ara Damansara bersebelahan dgn Subang Airport. Cik Min telah belajar dgn Kak Rina dari Angelcupidkitchen


2.Pertama kali buat Macaron selepas menghadiri kelas bila kah tarikhnya?(yang ni uols akan agak confused..so kena baca entri tu betul2)

Jawapan:

Pada 27 Januari 2011, mula dari pagi dan pukul 1.00 tengahari baru start baking.


3.Pelanggan pertama cikmin bernama siapa?

Jawapan:

Orangnya ialah Kak Lida atau Norlida Hisham


Pandangan ringkas saya tentang Cikmin.com :

First time baca blog Cik Min , wah kagum la dengan Cik Min..first judgement, Cik Min ni seorang yang suka masak, at the same time suka fotografi. Paling suka tengok gambar Macaron yang diambil..cantik2 dan tangkap leleh..rasa mau kunyah-kunyah jer..teringin sangat! Dan resepi pavlova jugak dapat dari blog Cik Min..dah 2x buat! tq sebab kongsi resepi..Sangat kagum jugak bila Cik Min join kelas fotografi..wah! Nanti Cik Min buat tutorial jelah dalam blog ni tentang fotografi. Mummy yang tak berkesempatan nak g kelas ble belajar nanti..hehe. Anyway, tak rugi follow blog Cik Min ni..

Thursday, December 8, 2011

Entry Lama

Sedang mummy godek-godek entry lama..jumpala entry yang di post oleh papa..erm teringat pulak zaman-zaman berjauhan dulu..rindunya xboleh nak cakap, air mata pasti jadi teman setia. Alhamdulillah, kami kini sudah dekat ditambah dengan kehadiran Qisha. Syukur padaMu Ya Allah..

tika dan saat ini aku sedang berada jauh merentasi laut cina selatan berjauhan dari isteri aku.inilah kali pertama kami berjauhan selepas nikah.....1 januari yang lalu wife aku drive pegi anta aku kat lcct sepang coz aku dah nak ke sarawak untuk tugasan rasmi aku sebagai seorang pendidik.isteri aku menangis je keje dia bila aku dah nak flight.apa yg merisaukan aku ialah akau takut bini aku ni tersesat jalan bla drive blk ke bentong dari LCCT sorang2.

time atas flight aku xbelh nak tido coz asyik teringat kat dia...je.besenya nek je flight memang tido la keje aku.tapi aitu mengenangkan takut bini aku sesat aku memang xble nak tido.sesampai je kat airport miri tu aku terus je ON kan hset aku utk 019-437......kat ayg aku.alhamdulillah rupa2nya isteri aku racing la jgak...coz dia dah selamat sampai kat umah sewa dia kat bentong.lega aku dibuatnya.

baru je seminggu berjauhan dah xbleh nak ckp dah...cmn.benda ni memang xbleh nak diluahkan dalam perkataan sebenarnya.tapi inilah sebenarnya HAKIKAT yang xdpt dielakkan bila berjauhan dengan isteri aku yg comel tu.rindu gler!!!!!Time bercinta dulu bila rindu len rasanya,tapi skang rindu time dah kwin ni len la plak.tapi apakan daya...aku xble nak buat pape bla berjauhan gni.ingat nak blk raya cina TAPI RM untuk tiket flight memang mahal gggiiiler!!!!xpela bersabar ajela keje aku.coz cuti bulan tiga ni kitaorg dah plan nak menghabiskan cuti kat langkawi.

p/s: Erm..teringin pulak nak baca entry terbaru papa yang macam ni kat blog ni..boleh tak papa?

Mummy's Kitchen #1

Chocolate Cake

Ini adalah kek pertama yang senang dan paling terror mummy buat..sebabnya xpayah nak guna mixer pun. Campur-campur semua bahan..dah siap. Nak buat cepat je dalam 15min je kawan-kawan..yang lamanya dalam oven..tapi mummy jarang guna oven, lebih suka kukus, lebih moist. Bahan-bahan pun simple je. Jadi kalau setakat nak buat untuk minum petang tu, boleh sangat nak buat. Kids pun boleh belajar buat..Nanti nak ajar my daughter bakes this cake..time ad potluck, nila my signature's dish..koya chef kan mummy..bukan apa, sebabnya yang ni je yg mudah dan reti buat..kih3..tapi jangan xtau ad yang dah order kek mummy ni..buat pn sebab atas permintaan anak kawan papa yang nak sangat kek tu (dia try masa mummy bawa kek tu ke sekolah papa), kalau x xdenya nak buat, wat malu. Buat untuk makan2 je bolehla. Gambar kat atas macam beli kat kedai je kan..hehe, anyway kotak tu memang beli sebab senang nak packing bila nak bawa kemana-mana.




Wordless #1


Qisha...nooooo...plzzzzz...kih3..

Monday, December 5, 2011

Kelam Kabut

Assalamualaikum..

Semalam Qisha sedikit meragam sbb hidung tersumbat gara-gara selsema..dia menangis dan susah untuk tidur..erm kesian Qisha, agaknya rindu dekat papa jgk tu..dia xdapat tidur dr petang sampaila pukul 12.30mlm..mummmy sapu ubat, minyak segala bagai la..tukarkan pampers.dukung...Tok Ma dia cakap dia nak beralih bulan, yela dh msuk 6bulan sekarang. Risau, sedih, kesian tengok anak xsihat. Akhirnya dapatla dia lelap. Then, bangun untuk menyusu dalam pukul2 macamtu..SEterusnya dalam pukul 4 terjaga lagi..mummy rasa badan dia agak panas, dalam 37c..walaupun xtinggi risau tetap ada. Mummy cepat2 bukakan baju baju dan jelum badan..

Esoknya dah kurang sket panas, tengahari dah berpeluh sampaila ms entry ni ditulis qisha dah ok..dah tidur pn ni..rindu papa kot, minggu lepas pun meragam macam xsihat gak,sampai papa balik.. minggu ni papa dah xbole balik, sebab papa kena g Melaka, so weekend ni papa dah boleh balik..yeaaayy..papa promised nak bawa kitorang cuti2 Mesia..huhu dah boring tahap hape dok umah..Erm..kenapa tajuk entri kelam kabut?kelam kabut jugakla sebab anak kurang sihat. Dan satu lagi kejadian akibat terlalu kelam kabut...........

"aku telah menjatuhkan handset free HTC aku secara TIDAK SENGAJA ke dalam air yang digunakan untuk basuh badan Qisha...huhu."

Sila ambil perhatian ye papa, tidak sengaja tau.bukan buat2. xpe mummy xminta belikan handset baru lepas ni..kuang2...sekarang belum tahu untung rugi nasib dengan handset tu sebabnya aku nak biarkan dia kering dulu sebelum on-kannya, harap-harap masih berfungsi. Taknakla bazirkan duit untuk beli handset..baik beli benda len.beli mas ke ad jugak faedahnya..Tapi kalau dapat free, nak je..hahahah..teruk betul kan..

Okla..rasa macam lapar pulak..mau carik makanan apa yang boleh dimakan..agenda memBESARkan badan pulak yer..k bye..

Saturday, December 3, 2011

`KaMi`




Salam...

Akhirnya blog ini berubah wajah dan bertambah entry yang terbaru jugak setelah sekian lama dibiarkan berabuk..Entry ni mummy tulis bersempena dengan:

  • 3rd annivessary blog > since December 2008
  • 3rd annivessary perkahwinan mummy dan papa >19 November 2008
  • 28th mummy nyer birthday > 2 December 1983
  • 6 months old our beloved Qisha > 5 June 2011
Pheeewwww..banyak jugak kan sebabnya.dan semuanya adalah sesuatu yang menggembirakan. Actually, blog ini ditulis sebab dulu-dulu terlalu la excited nak berblogger macam kawan-kawan lain..siapa?
Ermm..Papa pn ada blog, tapi tersangatla berabuk..nak tengok kat sini yer.. masa tu semua orang macam excited giler nak menulis. Tapi sekarang oleh sebab excited tu dah kurang+lack of time+busy=blog berabuk.

Hidup aku sekarang totally different, sejak dah jadi mummy. Bahagia dan tersangatla bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Papa <3 Mummy = Qisha....hehehe nama blog pn dah tukar. Amane 9898 tu tetap ada tapi xsesuai sebab itu masa Qisha belum ada. So, lebih catchy aku tukar. Gembira sangat dengan adanya Qisha..setiap hari adalah kenangan dan momen terindah untuk dikenang. Senyum dan gelak tawa menghiasi hari hari papa dan mummy setelah dua tahun menunggu,..

Kenangan sewaktu mengandung dan bersalin terlalu indah..hari-hari dilalui bersama papa sebagai peneman..Allah sudah tetapkan rezeki kami utk mndapatkan zuriat sendiri apabila dah xlagi berjauhan apabila papa dapat transfer dari Sarawak ke Bentong. Selepas hampir dua tahun berjauhan, akhirnya kami dapat bersama. Betapa peritnya PJJ (perkahwinan jarak jauh)..sebulan sekali je dapat jumpa..dan tiap kali baca pengalaman org lain yang berbulan2 xjumpa..aku sebenarnya sudah bersyukur dengan keadaan diri pada masa tu. Kehadiran Qisha dalam perut mummy ketika papa ada disisi sangatla berharga. Kalau tidak, xdapat mummy bayangkan macamana. Alhamdulillah. Allah sudah tetapkan rezeki masing2..cepat dan lambat itu sudah janjiNya.

Ok kawan-kawan kita layan gambar Qisha jom...


Day 1



2 Months


3 Months



4 Months


5 Months


6 Months

5 Disember lusa cukupla usia Qisha 6bln..sudah boleh meniarap dan sudah ke arah merangkak, Insyaallah sebab sekarang dia sudah boleh angkat pggung utk bergerak. Issshh..Qisha ni suka sangat nak dukung sebab usia dia dua hari papa sudah ajar berdukung..asal Qisha merengek je malam, papa mesti angkat utk tidurkan dia. Sebab itulah bila Qisha masuk wad sebab jaundice, menangis2 dia xnak duduk bawah lampu. Sampaikan mummy dan papa menitis airmata tgk misi letakkan dia tertonggeng bawah lampu bagi dia diam..sob sob.. nasib baik semalam je. Tak sanggup tengok Qisha macam tu.

Syukur mummy dikurniakan seorang suami yang sangatla memahami..sanggup buat apa sahaja untuk kami. Hampir semua papa boleh buat, jaga kami masa 7hari pantang (masa tu papa masih cuti dan kat kampung)..Alhamdulillah, papa xkekok. Thanks papa. Juga sebab temankan mummy dalam labour room. Masa tu habis tangan2 papa mummy gigit. Sakitnya Tuhan saja yang tahu (buat pengetahuan semua, mummy diinduce sebab 24hours leaking).. mulut papa xhenti minta mummy banyakkan selawat, baca doa, istigfar dan bertenang. Alhamdulillah, 3x teran lahirlah Qisha. Tak tergambar saat itu..Alhamdulillah, syukur kerana diberi peluang menjadi ibu.

Syukur padaMu Ya Allah di atas rezeki yang tidak terhingga dariMu..Alhamdulillah juga Qisha membesar dengan sihat dengan Susu Cap Gantung...hihi..syukur jugak dapat fully breastfeed Qisha sampai sekarang. Kata kawan2 dekat Kumpulan Ibu Menyusukan, BF baby sampai 6Bulan dah dapat Diploma Penyusuan..hehe.. Alhamdulillah dan mummy harap dapat BF Qisha sampai selama yang boleh, Insyaallah. Tengok carta kat bawah...Mommies lain yang xberkesempatan lagi nak fully Bf..jangan risau, masih ada masa lagi. Semua orang boleh..Mula2 dulu memang xyakin nak buat stok, risaula, xcukup pengetahuan la..tapi sikit2 lama2 jadi bukit. Xperlu jadi macam orang lain..jadilah setakat mana yang kita mampu. Insyaallah.


Perbandingan FM & Susu Ibu

Bestkan kalau dapat buat stok ebm macam ni..tapi ni bukan Qisha punya..mana Qisha punya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.



Ni Qisha punya, serabut sket kan..macam2 jenis storage bottles ad..xbanyak pun tapi mummy bangga sangat2..xperlu struggle utk simpan stok banyak2 sebab Supply By Demand..Qisha minum xbanyak..so banyak ni dah memadai stok untuk Qisha..so, jom mommies kita BF.

Ermmmm....dah panjang mummy berceloteh dalam versi baru blog ni..dah ngantuk ni..mau teman Qisha tido..ok..

P/S: I love you papa..walaupun papa selalu sibuk, jarang ada bersama kt umah tapi papa xpernah lupa kami, xpernah abaikan kami..Thanks sbb selalu ada untuk Mummy & Qisha..Sorry jugak papa untuk semua salah silap mummy pada papa..WE <3 YOU, PAPA..


Wednesday, September 21, 2011

Giveaway Radiusite


http://www.radiusite.com

Hi semua...hi Kak Ika...Selamat Hari Lahir utk mak Kak Ika..actually, this is my first time join giveaway Radiusite and I am really excited..bestnya kalau dapat shawl 3 layer tu.hihi. Insyaallah..kalau ada rezeki.

Sekarang aku nak cerita pasal Mama kesayangan aku...Pn Zabidah Bt Ismail..Sekarang Mama dah berumur 58 tahun dan baru sahaja pencen. Dan masanya sekarang banyak dihabiskan dengan menanam orkid kesayangannya dan juga ayam, itik peliharaanya..Walaupun begitu mama juga suka bergaya, pakai baju cantik-cantik dan yang penting tudung mesti cantik..Erm kalaula dapat shawl ni..nak bagi dekat Mama la..hihi..itupun kalau Mama nak pakai shawl.nak pakaikan jugak..(dalam hati cakap:kalaula dapat dua..kan best.sorang satu :P)

Bersama Mama dan Kekasih Hatinya, Baba kesayangan kami semua di hari persandinganku 2008 yang lalu.


Orang cakap muka aku sama dengan Mama..kalau balik kampung..orang dah tau aku anak siapa..yerla muka seiras..bukan sahaja muka tapi banyak juga yang sama dengan Mama. Kata orang kalau nak tengok kita pada hari esok, kena tengok pada maknya..heeee...Mama kalau masak memang beeesssttt..super duper bessst...hihi..aku rasala..masakan aku pun beeessstt..masuk bakul angkat sendiri pulak.jangan marah yer kawan-kawan...Mama suka bercakap..suka bercerita dan kadang-kadang dia akan mengulang cerita yang sama berulang kali..aku suka sangat menyakat Mama dan sampaikan suami sendiri menyakat aku balik, katanya akupun suka bercerita berulang kali..hihi..

Ampun Mama, anakmu ini hanya berseloroh tiap kali menyakat..Itula Mama, ratu dihatiku..Apapun aku sayang Mama dunia akhirat..tidak terbalas jasamu..air susu mu mengenyang dan membesarkan aku, dan kini aku pula mengenyangkan dan membesarkan anak yang baru 3 bln aku lahirkan..ku ingin jadi Mummy pada Qisha seperti mu, Mama pada 3orang anak perempuan dan 3 orang anak lelaki..Tiap kali kulihat wajahmu ketika tidur, garis-garis halus di wajah menunjukkan betapa dewasanya aku sekarang, sehingga sudah bergelar ibu sepertimu..betapa banyak lagi yang ingin aku lakukan untuk membahagiakanmu Mama..Insyaallah..

Ya Allah Ya Tuhanku..Kau peliharalah ibuku dan semua ibu di dunia ini..Kau Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami semenjak kecil lagi...Aminnn...


Thursday, August 11, 2011

~hadiah @yurosni~

Syarat2:
1:MESTI jadi follower http://ayurosni.blogspot.com............>dah>
2:LIKE FB pages-http://wwww.facebook.com/ayurosni.............>dah>
3:nyatakan dari mana anda tahu mengenai giveaway hadiah @yurosni ni..........>actually aku baca dkt blog mu,yu..http://ayurosni.blogspot.com>
4:kenapa anda nak join giveaway hadiah @yurosni....>1)aku memang teruja lau tgk ada contest gni..tambah2 mu yg buat..2)tp yg sbenarnya aku msuk ni jgk sambil2 nk support biz mu skali..kan kan kan...3)aku suka gak lau la aku dapat hadiah2..hehe lau dapat maual breastpump pn best gak..dlu pn bli dgn mu,..lau dpt 1 lg pn best..satu ltk umah..satu lg ltk kt skolah..dlu pn mu gak yg support aku bf my baby..suggest join group KIM..4)nursing cover n nursing kurung pn nak sgt2 lau dpt..mmg planning nk beli tp lau dpt free ni lg best..msti lg bergaya kn lau nk df qisha nnt kt public..xyah segan2..>
5:link kan penyertaan ke blog ini...>http://ayurosni.blogspot.com/
6:komen kat entry ini, untuk sahkan penyertaan anda...>dah>

Giveaway akan berlangsung dari hari ni 10 Ogos 2010 sehingga pukul 12 tgh malam 20 Ogos 2011.
Pemenang berdasarkan kenapa anda nak join giveaway ini, yang berjaya memikat hati juri(saya ler)

Nak tau hadiah?...jeng.jeng....

Pertama:avent manual breastpump bernilai rm190
Kedua:nursing kurung pahang
Ketiga:nursing cover

Penyertaan pertama: handmade brooch
Referral penyertaan terbanyak:

Tuesday, March 1, 2011

^Help Me^

To all my friends..all mommies...

Can you please help by giving me the list of the basic things that I need to buy for the baby...I am really appreciated to get the list as you know that I've no experience before this..

Thank you..

byk sgt emooo....

Sejak pregnant,aku ni mudah sgt emooo....kdg2 rs mcm lebih2 je......huhu xsukaaa...syg selalu sibuk..tambah2 tahun ni...tapi dia xpernah abaikan aku wpun kadang2 aku je yg rasa macam diabaikan...emmooo lebih2...weekend selalu dia takde..walaupun kejap dia g keje tapi tetap rasa kena tinggal..aku tahu..dia=papa cari duit lebih itu semua utk kami=mummy+baby+papa jugak..Alhamdulillah..rezeki tetap ada, dan rasa lebih stabil berbanding dulu..Thanks Allah n also papa for all ur hardwork...Mummy tahu papa penat dan tiada masa rehat yang cukup untuk papa, ditambah terpaksa melayan kerenah mummy lagi..

Satu hari, aku merajuk..membebel..sebabnya aku cakap pada dia..barang baby satu apa pn belum beli ag..tiap kali weekend mesti dia sibuk..bila aku cakap dia kata nnt la..then dia cakap aku terlalu excited...Yes, I am really excited. tapi bukan sebab itu sahaja tapi aku risau nnt aku dah xlarat nk pergi shopping bl dh sarat sangat..n hope nk beli sikit2...itu je..then terus aku msuk bilik merajuk...menangis..Dia msuk pujuk aku..aku ckp macam2 pada dia..then dia cakap..

"ayang xtau apa abang nk buat, abang dah rancang untuk book hotel kt kl semata2 untuk kita shopping..kita boleh spend the whole weekend..lau penat ble blik blk rehat then mlm ble sambung balik shopping"

huhuhu terharu plak masa2 bl dengar apa yg dia planned..yela..bese aku g kl blk ari..mn sempat nk shopping..n keadaan skarang xmengizinkan sgt nk berjalan..berdiri lama2...sedey..terlalu emo sgt..ingatkan dia xfaham aku..tapi aku sebenarnya xfaham dia..sorry & thanks syg!kadang2 aku terlalu ikutkan hati n perasaan aku, sedangkan dia dah buat semua untuk aku..kerja rumah pn dia dh buat..basuh kain (walaupun skadar masukkan kain dalam machine), jemur kain, kemas rumah (n selalu dia membebel..katanya aku suka sgt sepahkan rumah..)..n masak memang dah lama aku tinggalkan tgjawab itu..nasib baiklah dia pn bukan jenis makan mlm sgt..so, untuk aku dia akan belikan aje..

Dan ada masa2nya jugak aku akan menangis dengan tiba-tiba...entahlah..sekiranya ada yang tidak kena di hati..di fikiran aku..air mata ni mudah sangat menangis..kesian dia kena pujuk aku yang kadang2 payah jugak untuk dipujuk..walaupun kadang2 terbabas jugak emosi dia yang memang garang itu....hehe..kawan2 yang mn kenal dia mgkin tau..kn ibu amani?hehe..dan aku apalagi makin berderailah air mata bila kena marah..padan muka..hisshh..teruk betul mummy ni..harap2 baby xmengikut perangai mummy nih..anyway..for the first time scan 2weeks ago..it's SHE..GIRL..hehe..hope baby sihat n jadi anak yg solehah..

For all of you..please pray for us...thanks to all of you who always give your love&support to us..

Wednesday, January 19, 2011

Rezeki lagi..alhamdulillah..


Hi all..excited nk cite sebenarnya ni..hehe..alhamdulillah dpt rezeki lagi..thanks CELCOM..sayangla!!ada apa dgn celcom?hehe bukannya nk promote celcom ni...tapi tumpang berbangga jd pengguna celcom almost for a few years....sbbnya????
..
.
.
.
.
.
.
.
.
Inilah my new handphone..HTC Touch 2..bukan beli tau..tp dapat percuma..masa g melaka aritu..memang bercadang nk beli handset baru..tapi tup2 ms best bersantai jalan2 di melaka..suami aku dapat call..dari CELCOM, katanya nk bagi handset free sbb jadi pelanggan setia mereka..diorang bagi choice samada blackberry @ HTC..pada awalnya macam xpercaya..takut ada kos yang terselindung ke..tapi bila dah di tanya2..orang2 cakap untuk blackberry kena langgan broadband..kontrak 2tahun utk broadband..huh xnakla..giler nk pakai broadband..dh la..slow sgt.baru je terminated..gpun dh pakai streamyx..utk HTC plak..xde kontrak.emm better amik HTC je..lagipun free...huish jealous jgk sbb suami aku yang dapat..aku ni padahalnya main line..Huhu. tapi..jeng3..oleh kerana niat aku adalah untuk membeli phone..so, suami aku dgn baik hati tlh bersetuju untuk beri handset2 sebagai hadiah. Lagipun dia baru je beli handset. Jimat duit aku..hehe..apapun itulah rezeki kitorang..baru je dapat handset2 hari ni..okeyla..free of charge..

Thursday, December 30, 2010

bye2 2010..

Fuhhh..berabuk betul...entahla mls betul nk post pape padahal byk jgk cite nk bgtau..2010 pn dh hampir nk meninggalkan kita..byk yg telah kt lalui..suka duka..apapn 2010 membawa pelbagai perubahan dlm hidup ni..Thank You Allah..atas pemberian n rezeki dariMu.

Dh ready nk g sekolah semula cikgu cikgi?..sehh..mls betul aku..dh jadi mls..yela byk sgt rehat katakan..hahaha..rutin harian yg biasanya mkn tido..tgk tv..online..dh xde pasni mulai 3jan..dah2..jgn malas2..kena rajin2kn diri..brula ble dpt APC..huh berangan jela..apapn itu bukan yg dikejar..yg pasti tugas digalas utk membantu membentuk modal2 insan..dgn seikhlas mungkin.emm arini kt sekolah mcm muram sket..sbbnya cikgu blm msuk kelas lg..bdk2 form5 ad program motivasi kt skolah..n sdikit suram jgk dsbbkan form4 blm masuk lg,..ari rabu ni br pndaftaran..tugasan kt sekolah tahun ni okla..xdela teruk sgt..mcm biasa jgk..
  • s/u panitia
  • penyelaras kelab dan persatuan
  • ajk jadual waktu
  • guru disiplin (garang ke aku?tp slama dh 3thn ni mcm2 kes dh aku terlibat n handle..dr kejar bdk hisap rokok sampaila kes2 yg ....)hissh..mn ble ckp seme..
  • pen.pengurus cyber centre
  • guru pbsm
  • pen s/u j/kuasa bencana alam.
nampak mcm banyak je senarai ni kan?hehehe..sbnarnya xde pape pn..still ble handle lg..insyaallah..pgalaman slama 3thn..wpun msih br je rs..tp dh byk gk pgalaman yg aku kutip..2011 adalah thn ke4 aku bergelar guru..pahit manis dh aku rasa..tp yg paling manis bl dpt ucapan dr pelajar..'terima kasih teacher'(cikgu la2..aku kn english teacher) bl diorg berjaya cmerlang dlm spm..ingatan dr pljar2 jg satu pghargaan buat seorg guru..

amacam seme dh dpt hbag baru..baju baru..kasut baru?hahaha jgn xtau cikgu pn mcm students jgk..nk seme baru di tahun baru..aku dh shopping...haha tp still xcukup..dh dpt hbag guess n jam guess baru..keh2..hbag 2 syg aku ckp hadiah besday..keh2.tq syg...baju bajan pn byk nk dibeli..seme baju kurung aku dh xmuat kainla..so..kn la pkai maternity dress/blouse..tp perut blm nampak sgt lg ni..ad ke kt skolah arini diorg tegur 'sorok kt mn perut 2?'dan 'betul ke u pregnant?xnmpak perut pn'..hameh btul la..tambah2 soalan kdua2..xpela..xde pape pn..itu mgkn bg org yg perut kcik..lgpn aku br masuk 4mths..bru lg kn?

seminggu lps..dh cukup puas hati..dh dapat g jln2..yerla cuti baruni syg aku sibuk sgt..last2 br dpt jln2..g men air d gambang...g melaka..jumpa plak dgn pengantin baru yg kebetulanya dok dkt je dgn melaka.diorg dr pontian..2j perjalanan je ke melaka..tp aku plak yg penat..lau jln lebih2 sket mulala penat..pastu asyik cari tandas..ooo mcm ni rupanya..hehe...apapn aku xmengeluh..for u baby..


*anyway post aku kali ni dh bercampur2 da..jgn pening plak bl baca..sbbnya aku dh draft sbl msuk 2011 lg..then hold dlu..mlm ni brula rs mcm nk smbung balik..lantakla..mls nk edit2 sgt..skrg kdg2 aku xle nk mgadap netbook ni lm2..rs pening la..mls pn ad..

*selamat tahun baru..smga tahun baru ni memberi kt 1001 rahmat dan rezeki..

Thursday, November 18, 2010

2thn...

Happy Annivessary syg...kehadiran our baby dlm womb ayg penyeri annivessary ini...syg u byk2..emmmwaaah..im speechless..haha

Friday, October 15, 2010

SYUKUR...

Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah...atas rezeki n kurniaan terhebat yg diberi..kalau tgk ticker kt sblah..my love life with my hubby is almost 2years..n skrg penantian yg hampir dua tahun sdh terjawab..syukur sgt2..aku dh berada dekat dgn my hubby a.k.a my sayang dh hampir 5bln..n skrg dh dpt rezeki lain..Alhamdulillah..mmg xterucap gembiranya aku n my syg..semoga aku n baby dlm womb ni diberi kesihatan yang baik..mudah2an..amin..

Terima kasih padaMu ya Allah, my syg, parents, in laws, siblings n also all my friends yg selalu bg support, nasihat, tips dll...hehehehe thank you!At first bl dpt tau..prasaan bercampur baur.. happy giler n ada jgak risau..hehe..tp yg penting mmg happy n cuba untuk jg kesihatan baik2..lau sblm ni control mkn..tp skrg dh mula makan..makan n makan utk my baby..hehehe..smga membesar dgn sihat n sempurna dlm womb ni..mummy n daddy happy sesangat!

Saturday, September 18, 2010

My "NEW" Life

our new pic..aidilfitri..abaikan aku yg sedikit gemuk yer..hehe


Hye seme...i'm back!!dh lm xupdate..tp arini rs bersemangat sket nk tulis..tbe2 je..sbb my darling ejah yg bangkitkan smngt aku nk tulis kt blog ni arini..hehe..Pelik baca tajuk entry kali ni?yer..this is my 'new' life..bersama2 my hubby..yg slama ni jauh di mata, dekat di hati..
Kehidupan dh sedikit berbeza..ada manisnya..manis sgt2..tp ada gak masam sket2..besela bl dh dok dekat..mstila ad lidah yg tergigit..hehe..yg dh ad experience 2 taula.. cara n gaya hidup yg mcm org bujang sbl ni..totally changed! org hny mampu ckp pape..tp kt yg melalui akn mrasa..khdupan dgn kwn bkn xada langsung..tp keadaan dh sdikit lain..

Tp skrg dh jd rajin sketla dr dlu..masak..kemas umah..basuh kain..opps dgn washing machine...jemur kain..iron baju (huhuhuh..ini surrender weh..plg malas kalau byk2..:p)..tapi aku happy dapat wat seme ni utk syg aku..chheewahh menyampah je kn?hahaha

Kehidupan kt cni almost complete...almosttttt...huhuhuhu..hmpir seme yg aku nk dh ad n dpt..tp ..xsmedpt penuhi ap yg kita nk.. xpe..seme rezeki dr Allah..Alhamdulillah..xbaik aku merungut.."Ya Allah..tetapkan iman hamba mu ini supaya aku redha dgn rezeki n rahmat dari Mu.."


Rumah Kami..
Syurga Kami..



sila abaikan lukisan2 channteeekkk dekat dinding 2 yer..hehehe..
ap yg sy suka ttg rumah saya?
sebab ada saya dan awak...
;)


Emm..kadang2 teringat je time2 spt skrg..lps naik cuti msti aku dah berada kt airport nk antar dia ke sarawak...jadila babak air mata..drive balik bentong dgn linangan air mata..iskkk..windu plak dats moments..hahaha..pelik!awl dlu memang la pelik sgt2 sbb dia slalu ad dengan aku..skrg pn still pelik..hahaha..kdg2 aku slalu tny n cakap dkt dia "yang dh balik ke?"hahahaha..lg mau tanya ka!mcm mengigau jerk..

Ok la..nnt la len x aku update lg..dh xde idea..utk ejah..hope puas hati..hehehe..

Wednesday, February 17, 2010

Berabuk...

eeemm dah berabuk dah! dah lama xedit blog..post something..entah, malas dan xde benda sgt nk berkongsi citer..seme citer sama je.....kalau jengah pun..hanya ke blog kwn2, baca cerita korang je..

Tuesday, December 1, 2009

aidiladha...


Raya aidiladha sedondon....

Saturday, November 7, 2009

Pasrah...

Aku pasrah...macam dialog suami aku..huhu..sedih sgt..pertukaran suami ke Semenanjung xberjaya...Knp org lain dapat mudah2 je..dhla baru posting je sabah sarawak2...huhuhuhu..tapi itulah..dh itu rezeki orang n bukan rezeki kita..xperla ketentuan ini kitorang harus terima...maksudnya aku harus berjauhan lagi dengan suami..jangka masa setahun dh dikira terlalu lama..aku dh xsanggup hnya jumpa sebulan sekali..asalkan dapat balik semenanjung n ditempatkan kat mn2 pn xperla...asalkan ada pape senang dia nk jenguk aku...masih adakah sinar di hujung penantian ini?...............

Monday, November 2, 2009

Dulu & Sekarang..

Tag aku untuk kawan2...

  1. mula2...korang selak album2 lama yg ada gambar korang masa time kecik..at least sekeping gambar kena ada..
  2. Pastu scan n upload kt blog masing2..
  3. Pastu upload gambar terkini korang..xkira pape size pn..passport ke, close up ke..terpulangla..
  4. Pastu tulis keterangan tentang gambar2 tersebut. kalau boleh kawan2 lain tolong leave comments bagi perbandingan korang dulu n sekarang..hehe..
Ni gambar aku time nk naik darjah 1 kt SKBG..muka sedih jer time ni sbb baru bangun tido...rambut tocang dua pun ala2 je..dgn ribbon merah..Rambut aku simpan panjang pastu time nk g sekolah mestila amik masa lama baru siap sbb aku ni demand nak suh mama n nenek aku ikatkan dgn cara lain2..ni masa Darjah 1 n 2 la..siap pakai pinafore ag dulu..Dulu mama aku cakap aku suka nangis..nk pape asyik nangis jer..time ni pun baru lepas nangis kot. Haha. ada yg pernah komen muka aku dari dulu sampai sekarang sama jer..haha..Memang cam r lau tengok. Rujuk gambar bawah..skema jer..haha.



















Kawan2 yang ingin di tag..

1)eijah
2)diana
3)yunie
4)naddy
5)tek

Friday, October 30, 2009

Luahan..

Hari ni dah 11months 1 week n 4days aku bergelar isteri pada suami aku...dah nk dekat setahun pun..cepat je masa berlalu..walaupun begitu...suka duka sebagai kesukaran yg ditempuhi berjaya kitorang lalui..berjauhan bkn lagi masalah, namun di hati terdetik juga kerinduan, di mata tetap bergenang air jernih..

Semalam sepatutnya suami balik..tiket awal2 lagi dia dh beli sebelum aku berangkat ke marudi aritu lagi..tetapi apakan daya..cuti yang diperlukan xdpt diperolehi..cuti 7hari yg diperuntukkan dh hbis digunakan..sampaikan dh berhutang cuti tahun depans 5hari..gara2 sebulan sekali balik semenanjung..sedih tetap sedih..tp aku tahu suami dh byk berkorban utk kitorang berdua..xpela..lagi 3minggu dh nk cuti sekolah..*wink wink*..kita enjoy..cuti2 malaysia ek..jln2..

Annivesary bakal disambut..diharapkan ada sinar cahaya yang bakal menjelma..InsyaAllah..aminnn..