THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Sunday, September 13, 2009

kutip nenas

Pahlawan Kelabit ni......aku cuba pakai pakaian tradisi orang Kelabit ni time g ronda2 ke rumah panjang Barioasal Longhouse. Kat rumah panjang ni juga ada menyediakan perkhidmatan homestay jgak kalau nak taau...
Di kesempatan semasa kat Bario juga aku sempat ke Kebun nenas milik salah seorang cikgu sk Bario ni. Aku pergi kutip sebakul seorang dgn mypartner aku Cikgu Rokimin. Rasa nenas kat sini mmg manis sungguh wei....jom cuba la dtg sini.hahahah.Bario juga xketinggalan terkenal dgn nenas nya yg manis ni.aku pergi waktu ptg selepas selesai tugas rasmi aku.ni semua merupakan pengalaman yg xble dijual beli semasa mengajar kat sini.kalau bukan kerana tugas dan tanggungjawab mmg xsampai dah kat Sarawak ni.....walaupun terpaksa berjauhan dgn isteri tercinta.org lain kawen dok dekat2 tapi kami kawen dok jauh2. Isteri aku pernah berkata...."Yanggggg.....kita kan kawen mcm xkawen je".kesian kat isteri aku sebenarnya.tp apa bleh buat....sbr ok yang.hehehhehe

Saturday, September 12, 2009

BARIO

Beginilah keadaan cuaca di Bario pada waktu pagi yang begitu menyejukkan.

Pemandangan sawah padi yang menghijau di mana Bario sememangnya terkenal dengan Beras Barionya. Kalau pergi Bario xsah rasanya kalau xbwk balik beras Bario. Beras ni bentuk fizikalnya sebenarnya lebih kecil daripada beras yg biasa kita makan tu,dan dia juga lembut sikit rasanya.
Visi dan Misi SK.Bario
Ini merupakan kenderaan yang membawa aku dari Padang Terbang Bario ke SK.Bario yang mengenakan tambang RM 10 wei! Barang-barang yg byk kat belakang tu adalah barang yg dihantar dari Pekan Marudi ke Bario. Inilah merupakan sumber bekalan makanan kering dan juga bahan mentah untuk penduduk di sini. Satu kotak yg diangkat dari airport ke kg. dikenakan charge RM 10 sekotak.Cuba bayangkan kalau 50 kotak satu hari??????

Ketibaan aku di Bario.Pada 05/09/2009 hingga 11/09/2009 aku berada di Bario atas tugas rasmi iaitu mengawas UPSR 2009 di SK.Bario yg berada di Dataran Tinggi Kelabit, Bario. Perjalanan ke sana dari Marudi mengambil masa 45 minit dgn menaiki pesawat DHC 6 Twinn Otter ( mAS wings).Cuaca di sini adik sikit drp cuaca Cameron Highland je. Cuba korang bayangkan minyak masak kat sana pada waktu malam boleh jadi beku disebabkan cuacanya yg sejuk itu. Semasa kat sana aku hanya mandi just sekali je sehari.hahahaah. Bukan ape wei sejuk sgt. Majoriti kaum di sana ialah Kelabit, dan ade la jugak Penan tu sikit. Sape yg nak pegi sana dipersilakan kerana byk kemudahan Homestay yg disediakan. Mat Salleh byk la yg pegi sana utk jungle tracking. Bayaran untuk guide dia ialah RM 80 sehari untuk bwk kita ke laluan tracking yg telah disediakan. Murid yg menduduki UPSR pada kali ni hanya 20 orang sahaja. Guru-guru kat sini boleh dikatakan agak mewah la jgka.hahahah.Mereka dapat elaun P3 RM 1500 tu wei.


Saturday, September 5, 2009

isteriku syg...

time aku edit blog isteri aku ni,sebenarnya aku tgh gaduh dgn dia...adala sikit probs.biasala bumi mn yg xdimpa hujan.dah dua hari dah aku xpick up tepon dri dia.aku tau dia mesti nangis punyer.tapi apapun yang......abg ttp syg kat yang.untuk pengetahuan semua esok 05/09/2009 aku kena jaga( mengawas UPSR ) kat SK. Bario,Bario.ni kws tanah tinggi atau pergunungan dan akan kembali ke marudi pada 12/09/2009.jgn sedih n nangis syg k...luv u so much tau!Cuma kekadang percakapn kita tu yg buat slah sorang dr kita yg akan terasa.Time camni la kita kena brfikir....dan sama2 mencari sesuatu yg terbaik utk kita.Biasa la wei bila dok brjauhan camtu la...lau xbrgaduh xsah!!Walau apa sekali pun kau tetap Permata Hatiku.Abg syg nik dunia dan akhirat.

sapa nih?cute x?

Ni anak saudara aku Nurul Arifah ( 2tahun).dia dah belajar solat dah.ni time dia ikut Cik Nik dia solat last week kat umah kat Laloh.Dia suka sgt lau isteri aku blk Laloh atau g umah dia kat Kb.

Friday, September 4, 2009

MALAYSIA AIRLINES HOSPITALITY


ni merupakan kemudahan yg disediakan kat atas MAS dari KL ke MIRI.best tau...ni adalah nasi goreng+satay ayam+guava juice+ferero rocher.kalau nek AIRASIA xde benda ni sume tau.hahaha.Perjalanan dari KL ke MIRI mengambil masa 2jam 1ominit sahaja.semua kemudahan yg disediakan MAS termasuk kita naik tu baca suratkhabar free,ada gift lagi (kalau mintak la)lau xmintak dia xbg punyer.hehehehe.brmula dari bulan jun sampai la ke hujung tahun ni aku naik semua MAS.tiket offer skang.jom cuti2 malaysia.

with my beloved wife

aku dan isteriku yg trsyg...ni time kitaorg mkn dgn tek,along, n laili kat titiwangsa...ygmn pastu isteri aku g anta aku kat KLIA tuk ke Miri keesokannya.Lawa sungguh Yuna abg nih!hehehehhehjgn jealous kengkwn k.hahahaaha

RESTORAN NELAYAN



ni masa jumpa along.tek,laili kat restoran nelayan titiwangsa.Kitaorg set nak jumpa n mkn kat situ.Ni semua sebelum puasa lagi nih.