THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, December 3, 2011

`KaMi`




Salam...

Akhirnya blog ini berubah wajah dan bertambah entry yang terbaru jugak setelah sekian lama dibiarkan berabuk..Entry ni mummy tulis bersempena dengan:

  • 3rd annivessary blog > since December 2008
  • 3rd annivessary perkahwinan mummy dan papa >19 November 2008
  • 28th mummy nyer birthday > 2 December 1983
  • 6 months old our beloved Qisha > 5 June 2011
Pheeewwww..banyak jugak kan sebabnya.dan semuanya adalah sesuatu yang menggembirakan. Actually, blog ini ditulis sebab dulu-dulu terlalu la excited nak berblogger macam kawan-kawan lain..siapa?
Ermm..Papa pn ada blog, tapi tersangatla berabuk..nak tengok kat sini yer.. masa tu semua orang macam excited giler nak menulis. Tapi sekarang oleh sebab excited tu dah kurang+lack of time+busy=blog berabuk.

Hidup aku sekarang totally different, sejak dah jadi mummy. Bahagia dan tersangatla bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Papa <3 Mummy = Qisha....hehehe nama blog pn dah tukar. Amane 9898 tu tetap ada tapi xsesuai sebab itu masa Qisha belum ada. So, lebih catchy aku tukar. Gembira sangat dengan adanya Qisha..setiap hari adalah kenangan dan momen terindah untuk dikenang. Senyum dan gelak tawa menghiasi hari hari papa dan mummy setelah dua tahun menunggu,..

Kenangan sewaktu mengandung dan bersalin terlalu indah..hari-hari dilalui bersama papa sebagai peneman..Allah sudah tetapkan rezeki kami utk mndapatkan zuriat sendiri apabila dah xlagi berjauhan apabila papa dapat transfer dari Sarawak ke Bentong. Selepas hampir dua tahun berjauhan, akhirnya kami dapat bersama. Betapa peritnya PJJ (perkahwinan jarak jauh)..sebulan sekali je dapat jumpa..dan tiap kali baca pengalaman org lain yang berbulan2 xjumpa..aku sebenarnya sudah bersyukur dengan keadaan diri pada masa tu. Kehadiran Qisha dalam perut mummy ketika papa ada disisi sangatla berharga. Kalau tidak, xdapat mummy bayangkan macamana. Alhamdulillah. Allah sudah tetapkan rezeki masing2..cepat dan lambat itu sudah janjiNya.

Ok kawan-kawan kita layan gambar Qisha jom...


Day 1



2 Months


3 Months



4 Months


5 Months


6 Months

5 Disember lusa cukupla usia Qisha 6bln..sudah boleh meniarap dan sudah ke arah merangkak, Insyaallah sebab sekarang dia sudah boleh angkat pggung utk bergerak. Issshh..Qisha ni suka sangat nak dukung sebab usia dia dua hari papa sudah ajar berdukung..asal Qisha merengek je malam, papa mesti angkat utk tidurkan dia. Sebab itulah bila Qisha masuk wad sebab jaundice, menangis2 dia xnak duduk bawah lampu. Sampaikan mummy dan papa menitis airmata tgk misi letakkan dia tertonggeng bawah lampu bagi dia diam..sob sob.. nasib baik semalam je. Tak sanggup tengok Qisha macam tu.

Syukur mummy dikurniakan seorang suami yang sangatla memahami..sanggup buat apa sahaja untuk kami. Hampir semua papa boleh buat, jaga kami masa 7hari pantang (masa tu papa masih cuti dan kat kampung)..Alhamdulillah, papa xkekok. Thanks papa. Juga sebab temankan mummy dalam labour room. Masa tu habis tangan2 papa mummy gigit. Sakitnya Tuhan saja yang tahu (buat pengetahuan semua, mummy diinduce sebab 24hours leaking).. mulut papa xhenti minta mummy banyakkan selawat, baca doa, istigfar dan bertenang. Alhamdulillah, 3x teran lahirlah Qisha. Tak tergambar saat itu..Alhamdulillah, syukur kerana diberi peluang menjadi ibu.

Syukur padaMu Ya Allah di atas rezeki yang tidak terhingga dariMu..Alhamdulillah juga Qisha membesar dengan sihat dengan Susu Cap Gantung...hihi..syukur jugak dapat fully breastfeed Qisha sampai sekarang. Kata kawan2 dekat Kumpulan Ibu Menyusukan, BF baby sampai 6Bulan dah dapat Diploma Penyusuan..hehe.. Alhamdulillah dan mummy harap dapat BF Qisha sampai selama yang boleh, Insyaallah. Tengok carta kat bawah...Mommies lain yang xberkesempatan lagi nak fully Bf..jangan risau, masih ada masa lagi. Semua orang boleh..Mula2 dulu memang xyakin nak buat stok, risaula, xcukup pengetahuan la..tapi sikit2 lama2 jadi bukit. Xperlu jadi macam orang lain..jadilah setakat mana yang kita mampu. Insyaallah.


Perbandingan FM & Susu Ibu

Bestkan kalau dapat buat stok ebm macam ni..tapi ni bukan Qisha punya..mana Qisha punya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.



Ni Qisha punya, serabut sket kan..macam2 jenis storage bottles ad..xbanyak pun tapi mummy bangga sangat2..xperlu struggle utk simpan stok banyak2 sebab Supply By Demand..Qisha minum xbanyak..so banyak ni dah memadai stok untuk Qisha..so, jom mommies kita BF.

Ermmmm....dah panjang mummy berceloteh dalam versi baru blog ni..dah ngantuk ni..mau teman Qisha tido..ok..

P/S: I love you papa..walaupun papa selalu sibuk, jarang ada bersama kt umah tapi papa xpernah lupa kami, xpernah abaikan kami..Thanks sbb selalu ada untuk Mummy & Qisha..Sorry jugak papa untuk semua salah silap mummy pada papa..WE <3 YOU, PAPA..


2 comments:

kedai jersi.com said...

huhuhu terharu papa baca.apepon papa miss u all very22222 much...

amane9898 said...

tq..miss u too papa..cpt balik yer..huhu