THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, December 8, 2011

Entry Lama

Sedang mummy godek-godek entry lama..jumpala entry yang di post oleh papa..erm teringat pulak zaman-zaman berjauhan dulu..rindunya xboleh nak cakap, air mata pasti jadi teman setia. Alhamdulillah, kami kini sudah dekat ditambah dengan kehadiran Qisha. Syukur padaMu Ya Allah..

tika dan saat ini aku sedang berada jauh merentasi laut cina selatan berjauhan dari isteri aku.inilah kali pertama kami berjauhan selepas nikah.....1 januari yang lalu wife aku drive pegi anta aku kat lcct sepang coz aku dah nak ke sarawak untuk tugasan rasmi aku sebagai seorang pendidik.isteri aku menangis je keje dia bila aku dah nak flight.apa yg merisaukan aku ialah akau takut bini aku ni tersesat jalan bla drive blk ke bentong dari LCCT sorang2.

time atas flight aku xbelh nak tido coz asyik teringat kat dia...je.besenya nek je flight memang tido la keje aku.tapi aitu mengenangkan takut bini aku sesat aku memang xble nak tido.sesampai je kat airport miri tu aku terus je ON kan hset aku utk 019-437......kat ayg aku.alhamdulillah rupa2nya isteri aku racing la jgak...coz dia dah selamat sampai kat umah sewa dia kat bentong.lega aku dibuatnya.

baru je seminggu berjauhan dah xbleh nak ckp dah...cmn.benda ni memang xbleh nak diluahkan dalam perkataan sebenarnya.tapi inilah sebenarnya HAKIKAT yang xdpt dielakkan bila berjauhan dengan isteri aku yg comel tu.rindu gler!!!!!Time bercinta dulu bila rindu len rasanya,tapi skang rindu time dah kwin ni len la plak.tapi apakan daya...aku xble nak buat pape bla berjauhan gni.ingat nak blk raya cina TAPI RM untuk tiket flight memang mahal gggiiiler!!!!xpela bersabar ajela keje aku.coz cuti bulan tiga ni kitaorg dah plan nak menghabiskan cuti kat langkawi.

p/s: Erm..teringin pulak nak baca entry terbaru papa yang macam ni kat blog ni..boleh tak papa?

Mummy's Kitchen #1

Chocolate Cake

Ini adalah kek pertama yang senang dan paling terror mummy buat..sebabnya xpayah nak guna mixer pun. Campur-campur semua bahan..dah siap. Nak buat cepat je dalam 15min je kawan-kawan..yang lamanya dalam oven..tapi mummy jarang guna oven, lebih suka kukus, lebih moist. Bahan-bahan pun simple je. Jadi kalau setakat nak buat untuk minum petang tu, boleh sangat nak buat. Kids pun boleh belajar buat..Nanti nak ajar my daughter bakes this cake..time ad potluck, nila my signature's dish..koya chef kan mummy..bukan apa, sebabnya yang ni je yg mudah dan reti buat..kih3..tapi jangan xtau ad yang dah order kek mummy ni..buat pn sebab atas permintaan anak kawan papa yang nak sangat kek tu (dia try masa mummy bawa kek tu ke sekolah papa), kalau x xdenya nak buat, wat malu. Buat untuk makan2 je bolehla. Gambar kat atas macam beli kat kedai je kan..hehe, anyway kotak tu memang beli sebab senang nak packing bila nak bawa kemana-mana.




Wordless #1


Qisha...nooooo...plzzzzz...kih3..

Monday, December 5, 2011

Kelam Kabut

Assalamualaikum..

Semalam Qisha sedikit meragam sbb hidung tersumbat gara-gara selsema..dia menangis dan susah untuk tidur..erm kesian Qisha, agaknya rindu dekat papa jgk tu..dia xdapat tidur dr petang sampaila pukul 12.30mlm..mummmy sapu ubat, minyak segala bagai la..tukarkan pampers.dukung...Tok Ma dia cakap dia nak beralih bulan, yela dh msuk 6bulan sekarang. Risau, sedih, kesian tengok anak xsihat. Akhirnya dapatla dia lelap. Then, bangun untuk menyusu dalam pukul2 macamtu..SEterusnya dalam pukul 4 terjaga lagi..mummy rasa badan dia agak panas, dalam 37c..walaupun xtinggi risau tetap ada. Mummy cepat2 bukakan baju baju dan jelum badan..

Esoknya dah kurang sket panas, tengahari dah berpeluh sampaila ms entry ni ditulis qisha dah ok..dah tidur pn ni..rindu papa kot, minggu lepas pun meragam macam xsihat gak,sampai papa balik.. minggu ni papa dah xbole balik, sebab papa kena g Melaka, so weekend ni papa dah boleh balik..yeaaayy..papa promised nak bawa kitorang cuti2 Mesia..huhu dah boring tahap hape dok umah..Erm..kenapa tajuk entri kelam kabut?kelam kabut jugakla sebab anak kurang sihat. Dan satu lagi kejadian akibat terlalu kelam kabut...........

"aku telah menjatuhkan handset free HTC aku secara TIDAK SENGAJA ke dalam air yang digunakan untuk basuh badan Qisha...huhu."

Sila ambil perhatian ye papa, tidak sengaja tau.bukan buat2. xpe mummy xminta belikan handset baru lepas ni..kuang2...sekarang belum tahu untung rugi nasib dengan handset tu sebabnya aku nak biarkan dia kering dulu sebelum on-kannya, harap-harap masih berfungsi. Taknakla bazirkan duit untuk beli handset..baik beli benda len.beli mas ke ad jugak faedahnya..Tapi kalau dapat free, nak je..hahahah..teruk betul kan..

Okla..rasa macam lapar pulak..mau carik makanan apa yang boleh dimakan..agenda memBESARkan badan pulak yer..k bye..

Saturday, December 3, 2011

`KaMi`




Salam...

Akhirnya blog ini berubah wajah dan bertambah entry yang terbaru jugak setelah sekian lama dibiarkan berabuk..Entry ni mummy tulis bersempena dengan:

  • 3rd annivessary blog > since December 2008
  • 3rd annivessary perkahwinan mummy dan papa >19 November 2008
  • 28th mummy nyer birthday > 2 December 1983
  • 6 months old our beloved Qisha > 5 June 2011
Pheeewwww..banyak jugak kan sebabnya.dan semuanya adalah sesuatu yang menggembirakan. Actually, blog ini ditulis sebab dulu-dulu terlalu la excited nak berblogger macam kawan-kawan lain..siapa?
Ermm..Papa pn ada blog, tapi tersangatla berabuk..nak tengok kat sini yer.. masa tu semua orang macam excited giler nak menulis. Tapi sekarang oleh sebab excited tu dah kurang+lack of time+busy=blog berabuk.

Hidup aku sekarang totally different, sejak dah jadi mummy. Bahagia dan tersangatla bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Papa <3 Mummy = Qisha....hehehe nama blog pn dah tukar. Amane 9898 tu tetap ada tapi xsesuai sebab itu masa Qisha belum ada. So, lebih catchy aku tukar. Gembira sangat dengan adanya Qisha..setiap hari adalah kenangan dan momen terindah untuk dikenang. Senyum dan gelak tawa menghiasi hari hari papa dan mummy setelah dua tahun menunggu,..

Kenangan sewaktu mengandung dan bersalin terlalu indah..hari-hari dilalui bersama papa sebagai peneman..Allah sudah tetapkan rezeki kami utk mndapatkan zuriat sendiri apabila dah xlagi berjauhan apabila papa dapat transfer dari Sarawak ke Bentong. Selepas hampir dua tahun berjauhan, akhirnya kami dapat bersama. Betapa peritnya PJJ (perkahwinan jarak jauh)..sebulan sekali je dapat jumpa..dan tiap kali baca pengalaman org lain yang berbulan2 xjumpa..aku sebenarnya sudah bersyukur dengan keadaan diri pada masa tu. Kehadiran Qisha dalam perut mummy ketika papa ada disisi sangatla berharga. Kalau tidak, xdapat mummy bayangkan macamana. Alhamdulillah. Allah sudah tetapkan rezeki masing2..cepat dan lambat itu sudah janjiNya.

Ok kawan-kawan kita layan gambar Qisha jom...


Day 1



2 Months


3 Months



4 Months


5 Months


6 Months

5 Disember lusa cukupla usia Qisha 6bln..sudah boleh meniarap dan sudah ke arah merangkak, Insyaallah sebab sekarang dia sudah boleh angkat pggung utk bergerak. Issshh..Qisha ni suka sangat nak dukung sebab usia dia dua hari papa sudah ajar berdukung..asal Qisha merengek je malam, papa mesti angkat utk tidurkan dia. Sebab itulah bila Qisha masuk wad sebab jaundice, menangis2 dia xnak duduk bawah lampu. Sampaikan mummy dan papa menitis airmata tgk misi letakkan dia tertonggeng bawah lampu bagi dia diam..sob sob.. nasib baik semalam je. Tak sanggup tengok Qisha macam tu.

Syukur mummy dikurniakan seorang suami yang sangatla memahami..sanggup buat apa sahaja untuk kami. Hampir semua papa boleh buat, jaga kami masa 7hari pantang (masa tu papa masih cuti dan kat kampung)..Alhamdulillah, papa xkekok. Thanks papa. Juga sebab temankan mummy dalam labour room. Masa tu habis tangan2 papa mummy gigit. Sakitnya Tuhan saja yang tahu (buat pengetahuan semua, mummy diinduce sebab 24hours leaking).. mulut papa xhenti minta mummy banyakkan selawat, baca doa, istigfar dan bertenang. Alhamdulillah, 3x teran lahirlah Qisha. Tak tergambar saat itu..Alhamdulillah, syukur kerana diberi peluang menjadi ibu.

Syukur padaMu Ya Allah di atas rezeki yang tidak terhingga dariMu..Alhamdulillah juga Qisha membesar dengan sihat dengan Susu Cap Gantung...hihi..syukur jugak dapat fully breastfeed Qisha sampai sekarang. Kata kawan2 dekat Kumpulan Ibu Menyusukan, BF baby sampai 6Bulan dah dapat Diploma Penyusuan..hehe.. Alhamdulillah dan mummy harap dapat BF Qisha sampai selama yang boleh, Insyaallah. Tengok carta kat bawah...Mommies lain yang xberkesempatan lagi nak fully Bf..jangan risau, masih ada masa lagi. Semua orang boleh..Mula2 dulu memang xyakin nak buat stok, risaula, xcukup pengetahuan la..tapi sikit2 lama2 jadi bukit. Xperlu jadi macam orang lain..jadilah setakat mana yang kita mampu. Insyaallah.


Perbandingan FM & Susu Ibu

Bestkan kalau dapat buat stok ebm macam ni..tapi ni bukan Qisha punya..mana Qisha punya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.



Ni Qisha punya, serabut sket kan..macam2 jenis storage bottles ad..xbanyak pun tapi mummy bangga sangat2..xperlu struggle utk simpan stok banyak2 sebab Supply By Demand..Qisha minum xbanyak..so banyak ni dah memadai stok untuk Qisha..so, jom mommies kita BF.

Ermmmm....dah panjang mummy berceloteh dalam versi baru blog ni..dah ngantuk ni..mau teman Qisha tido..ok..

P/S: I love you papa..walaupun papa selalu sibuk, jarang ada bersama kt umah tapi papa xpernah lupa kami, xpernah abaikan kami..Thanks sbb selalu ada untuk Mummy & Qisha..Sorry jugak papa untuk semua salah silap mummy pada papa..WE <3 YOU, PAPA..