THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, September 12, 2009

BARIO

Beginilah keadaan cuaca di Bario pada waktu pagi yang begitu menyejukkan.

Pemandangan sawah padi yang menghijau di mana Bario sememangnya terkenal dengan Beras Barionya. Kalau pergi Bario xsah rasanya kalau xbwk balik beras Bario. Beras ni bentuk fizikalnya sebenarnya lebih kecil daripada beras yg biasa kita makan tu,dan dia juga lembut sikit rasanya.
Visi dan Misi SK.Bario
Ini merupakan kenderaan yang membawa aku dari Padang Terbang Bario ke SK.Bario yang mengenakan tambang RM 10 wei! Barang-barang yg byk kat belakang tu adalah barang yg dihantar dari Pekan Marudi ke Bario. Inilah merupakan sumber bekalan makanan kering dan juga bahan mentah untuk penduduk di sini. Satu kotak yg diangkat dari airport ke kg. dikenakan charge RM 10 sekotak.Cuba bayangkan kalau 50 kotak satu hari??????

Ketibaan aku di Bario.Pada 05/09/2009 hingga 11/09/2009 aku berada di Bario atas tugas rasmi iaitu mengawas UPSR 2009 di SK.Bario yg berada di Dataran Tinggi Kelabit, Bario. Perjalanan ke sana dari Marudi mengambil masa 45 minit dgn menaiki pesawat DHC 6 Twinn Otter ( mAS wings).Cuaca di sini adik sikit drp cuaca Cameron Highland je. Cuba korang bayangkan minyak masak kat sana pada waktu malam boleh jadi beku disebabkan cuacanya yg sejuk itu. Semasa kat sana aku hanya mandi just sekali je sehari.hahahaah. Bukan ape wei sejuk sgt. Majoriti kaum di sana ialah Kelabit, dan ade la jugak Penan tu sikit. Sape yg nak pegi sana dipersilakan kerana byk kemudahan Homestay yg disediakan. Mat Salleh byk la yg pegi sana utk jungle tracking. Bayaran untuk guide dia ialah RM 80 sehari untuk bwk kita ke laluan tracking yg telah disediakan. Murid yg menduduki UPSR pada kali ni hanya 20 orang sahaja. Guru-guru kat sini boleh dikatakan agak mewah la jgka.hahahah.Mereka dapat elaun P3 RM 1500 tu wei.


0 comments: