THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, September 19, 2009

A day b4 hari raya...

Arini lepas sahur aku xtdo2 da..hehe pelik je.bese jgn hrpla..bkn pe mama aku sbuk nk ajak g pasar..bli pape yg patut utk masa esok..menu utk esok..
  1. Nasi himpit+kuah kacang+satay..
  2. Nasi minyak+kari daging+ayam masak merah+acar
So..sape2 nk merasa masakan mama aku..mehla kt umah..1st day raya je yg istimewa..ari raya yg seterusnya xtaula menu pe..yg simple2 je kot. Then, pukul 7 dah ada kt pasar kt taman sri guchil..fuhhh..nsib baik awal,,kalau x sure xdapat parking kete..dalam setengah jam je pastu..penuh giler parking..tpi2 jalan pn..dhla 2,3x aku angkut brg ke kereta sbb byk n berat sgt..tapi xpe sbb esok hari raya.hehe..

Balik aku g buh myak kat shell..isi kuning je...byk gakk2 beze dgn yg hijau..xper..Mr. V ok..ingatnya lps isi minyak nk la mandikan Mr. V kat car wash sebelah tp still tutup..bkn pe,,,dh penuh daki2..tompok2 kat tayar n badan Mr. V..sbb jalan jauh dr bentong..n dia pun nk raya gak sok.. but..yg paling penting nk g amik tuan kesayangan dia sorang ag kt airport ptg nnt..hehe husband aku yg xsabar nk balik dh ada kt KLIA skrg flight pagi td..transit dulu sbl next flight ke KB ptg nnt dlm pkl6. Sampi umah dlm pkl 8..nmpak gayanya aku kn mandikan sendiri Mr. V...huhu penat!

Dah siap mandikan Mr. V, tugas aku strusnya masuk dapur..nk isi kuih raya dlm balang..ada 2 jenis je biskut yg anak sedara aku kt umah ni yg buat..yg lain seme biskut tunjuk..imported from Bentong..keh3..10 balang gak r dapat..dgn 10 jenis biskut n kerepek...ok la..kalau nk buat seme 2 sendiri xtermampu..mn dapt nk buat dgn kerja ag..kalau dulu2 zmn masih sekolah mmg ada buat sendiri..skrg kdg2 pikir lebih baik bli..jimat masa n tenaga..kdg2 kosnya lebih kurang sama jer..tapi yg selalu buat sampai sekarang yg xpernah miss..suami aku punya favourite..kek coklat. Kejap aku nk buat ni..huhu..

Sekarang masa tgh tulis entry ni..bru relax2 jap..nk sambung buat kek kejap..then dalam lps zohor ke asar gitula..nk gerak g KB..g awal2 takut kang jammed mana tau..entah2 amik masa berjam2..huhu harap2nya xderla...kete mesti banyak..Semoga urusan aku hari ni dipermudahkan...AMIN..Dah last puasa..sedih gak..tahun depan entahkan jumpa dengan ramadhan lagi entahkan tidak..Insyaallah..tapi dlm sedih ada happy jugak sbb inilah first time aku n husband beraya Aidilfitri yg pertama sbg suami isteri..tahun lps sempat raya aidiladha lps kawin tapi xsama dgn raya puasa..Hari ni jugak genap 10bulan perkahwinan kami..moga jodoh n ikatan ini berkekalan ke akhir hayat..AMIN.

Okeyla..dikesempatan ini juga..salam dihulur maaf dipinta pada semua..


SALAM AIDILFITRI..


Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

SEMPENA BULAN SYAWAL YANG AKAN MENJELANG TIBA BEBERAPA HARI LAGI NI...KAMI BERDUA ( RASNAN HELMY BIN CHE RAMLI & NIK ANUN MARNI BINTI NIK MAHMOOD ) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 0-0.KEPADA SEMUA JANGAN SEGAN-SEGAN DATANG KE RUMAH.ANYTIME BOLEH DATANG.TAPI SEBELUM DATANG TU GITAU LA DULU..KOT KAMI XDE KAT UMAH.

NAK BALIK RAYAAAAAAAA

xsabar nak blk raya n nak jumpa bini.hahahaha.aku dah agak dah mmg akan diberi cuti peristiwa tapi apa boleh buat flight ticket dah beli lama dah.kalau sekarang nak tukar atau beli tiket baru mmg dah xberbaloi dah.xpela sabr jela....janji dpt blk raya n the first thing nak jumpa isteri tersayang abg sorang ni.....apapun jgn lupa ambik suami kat airport k.hahahahha.nanti blk tu drive kete lelok k honey.ni 2nd time bini aku drive sendiri kete blk kelantan.sebelum ni dia jadi co-pilot je...asst aku yg dok kat tepi sambil perhatikan aku bwk kete n temankan aku supaya aku xmengantuk.ni la tandanya isteri aku ni syg kat aku.tp aku pun syg kat dia gak....cuma dia je xtau.insyallah next year aku dah de kat semenanjung...hehehhe borang transfer dah isi dah cuma dapat dgn x je xtau lagi.hahahahh.insyallah dapat kot.dah xtahan dah dok brjauhan camni lagi.semenjak dulu lagi kami mula belajar berjauhan dan sekarang kami nak nikmati nikmat kehidupan bersama tu.ptg2 minggu tu bleh bwk bini bersiar2,mkn2,ronda2,window shopping dll.......

Sunday, September 13, 2009

ronda-ronda


Bergambar kenangan bersama ibu dab bapa Dato' Seri Idris Jala ( Menteri di Jabatan Perdana Menteri ) beliau juga merupakan ex-CEO MAS.Dato' Seri Idris Jala sebenarnya berasal dari Bario ni.Beliau selalu sahaja balik ke sini. Ayah beliau merupakan seorang pesara guru dari Maktab Rajang Sarawak ( bench pertama ).Kesemua adik beradik dato' seri telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Aku sebenarnya berasa bangga bila dapat mengujungi rumah dan kedua orang tua beliau ni.Banyak cerita yang telah disampaikan oleh kedua-dua orang tua beliau semasa aku ke sini. Pada mulanya ramai di kalangan kita beranggapan bahawa dato' seri adalah orang melayu. Pembetulan disini ya...beliau merupakan dari kaum Kelabit di Bario ni.

kutip nenas

Pahlawan Kelabit ni......aku cuba pakai pakaian tradisi orang Kelabit ni time g ronda2 ke rumah panjang Barioasal Longhouse. Kat rumah panjang ni juga ada menyediakan perkhidmatan homestay jgak kalau nak taau...
Di kesempatan semasa kat Bario juga aku sempat ke Kebun nenas milik salah seorang cikgu sk Bario ni. Aku pergi kutip sebakul seorang dgn mypartner aku Cikgu Rokimin. Rasa nenas kat sini mmg manis sungguh wei....jom cuba la dtg sini.hahahah.Bario juga xketinggalan terkenal dgn nenas nya yg manis ni.aku pergi waktu ptg selepas selesai tugas rasmi aku.ni semua merupakan pengalaman yg xble dijual beli semasa mengajar kat sini.kalau bukan kerana tugas dan tanggungjawab mmg xsampai dah kat Sarawak ni.....walaupun terpaksa berjauhan dgn isteri tercinta.org lain kawen dok dekat2 tapi kami kawen dok jauh2. Isteri aku pernah berkata...."Yanggggg.....kita kan kawen mcm xkawen je".kesian kat isteri aku sebenarnya.tp apa bleh buat....sbr ok yang.hehehhehe

Saturday, September 12, 2009

BARIO

Beginilah keadaan cuaca di Bario pada waktu pagi yang begitu menyejukkan.

Pemandangan sawah padi yang menghijau di mana Bario sememangnya terkenal dengan Beras Barionya. Kalau pergi Bario xsah rasanya kalau xbwk balik beras Bario. Beras ni bentuk fizikalnya sebenarnya lebih kecil daripada beras yg biasa kita makan tu,dan dia juga lembut sikit rasanya.
Visi dan Misi SK.Bario
Ini merupakan kenderaan yang membawa aku dari Padang Terbang Bario ke SK.Bario yang mengenakan tambang RM 10 wei! Barang-barang yg byk kat belakang tu adalah barang yg dihantar dari Pekan Marudi ke Bario. Inilah merupakan sumber bekalan makanan kering dan juga bahan mentah untuk penduduk di sini. Satu kotak yg diangkat dari airport ke kg. dikenakan charge RM 10 sekotak.Cuba bayangkan kalau 50 kotak satu hari??????

Ketibaan aku di Bario.Pada 05/09/2009 hingga 11/09/2009 aku berada di Bario atas tugas rasmi iaitu mengawas UPSR 2009 di SK.Bario yg berada di Dataran Tinggi Kelabit, Bario. Perjalanan ke sana dari Marudi mengambil masa 45 minit dgn menaiki pesawat DHC 6 Twinn Otter ( mAS wings).Cuaca di sini adik sikit drp cuaca Cameron Highland je. Cuba korang bayangkan minyak masak kat sana pada waktu malam boleh jadi beku disebabkan cuacanya yg sejuk itu. Semasa kat sana aku hanya mandi just sekali je sehari.hahahaah. Bukan ape wei sejuk sgt. Majoriti kaum di sana ialah Kelabit, dan ade la jugak Penan tu sikit. Sape yg nak pegi sana dipersilakan kerana byk kemudahan Homestay yg disediakan. Mat Salleh byk la yg pegi sana utk jungle tracking. Bayaran untuk guide dia ialah RM 80 sehari untuk bwk kita ke laluan tracking yg telah disediakan. Murid yg menduduki UPSR pada kali ni hanya 20 orang sahaja. Guru-guru kat sini boleh dikatakan agak mewah la jgka.hahahah.Mereka dapat elaun P3 RM 1500 tu wei.


Saturday, September 5, 2009

isteriku syg...

time aku edit blog isteri aku ni,sebenarnya aku tgh gaduh dgn dia...adala sikit probs.biasala bumi mn yg xdimpa hujan.dah dua hari dah aku xpick up tepon dri dia.aku tau dia mesti nangis punyer.tapi apapun yang......abg ttp syg kat yang.untuk pengetahuan semua esok 05/09/2009 aku kena jaga( mengawas UPSR ) kat SK. Bario,Bario.ni kws tanah tinggi atau pergunungan dan akan kembali ke marudi pada 12/09/2009.jgn sedih n nangis syg k...luv u so much tau!Cuma kekadang percakapn kita tu yg buat slah sorang dr kita yg akan terasa.Time camni la kita kena brfikir....dan sama2 mencari sesuatu yg terbaik utk kita.Biasa la wei bila dok brjauhan camtu la...lau xbrgaduh xsah!!Walau apa sekali pun kau tetap Permata Hatiku.Abg syg nik dunia dan akhirat.

sapa nih?cute x?

Ni anak saudara aku Nurul Arifah ( 2tahun).dia dah belajar solat dah.ni time dia ikut Cik Nik dia solat last week kat umah kat Laloh.Dia suka sgt lau isteri aku blk Laloh atau g umah dia kat Kb.

Friday, September 4, 2009

MALAYSIA AIRLINES HOSPITALITY


ni merupakan kemudahan yg disediakan kat atas MAS dari KL ke MIRI.best tau...ni adalah nasi goreng+satay ayam+guava juice+ferero rocher.kalau nek AIRASIA xde benda ni sume tau.hahaha.Perjalanan dari KL ke MIRI mengambil masa 2jam 1ominit sahaja.semua kemudahan yg disediakan MAS termasuk kita naik tu baca suratkhabar free,ada gift lagi (kalau mintak la)lau xmintak dia xbg punyer.hehehehe.brmula dari bulan jun sampai la ke hujung tahun ni aku naik semua MAS.tiket offer skang.jom cuti2 malaysia.

with my beloved wife

aku dan isteriku yg trsyg...ni time kitaorg mkn dgn tek,along, n laili kat titiwangsa...ygmn pastu isteri aku g anta aku kat KLIA tuk ke Miri keesokannya.Lawa sungguh Yuna abg nih!hehehehhehjgn jealous kengkwn k.hahahaaha

RESTORAN NELAYAN



ni masa jumpa along.tek,laili kat restoran nelayan titiwangsa.Kitaorg set nak jumpa n mkn kat situ.Ni semua sebelum puasa lagi nih.